Disebalik Maksud Nasi Tumpeng

Jika anda hadir ke majlis di Indonesia, anda mesti pernah melihat nasi berbentuk kon bersama hidangan sampingan di dalam satu hidangan yang sama. Nasi yang berbentuk gunung ini dipanggil Nasi Tumpeng yang merupakan hidangan istimewa tradisional yang hanya dihidangkan semasa majlis rasmi, sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan, majlis perasmian atau majlis yang seangkatan dengannya terutamanya di Jawa, Madura dan Bali.

Nasi Tumpeng mempunyai nilai yang tinggi dan maksud disebaliknya maka hidangannya perlu disediakan mengikut adat. Cara penyediaan yang dilakukan nenek moyang terdahulu hanya lah ritual semata mata. Nasi Tumpeng perlu disediakan oleh wanita yang berada dalam keadaan bersih (tidak datang uzur) dan pihak lelaki menyediakan hidangan sampingan. 

Tiada siapa dibenarkan bercakap atau menyentuh wanita yang sedang menyediakan Nasi Tumpeng sebagai simbol 'Mother Earth' sedang membentuk dan menyediakan kehidupan untuk manusia sejagat. Kini, penyediaan Nasi Tumpeng untuk acara rasmi bermaksud tujuan acara itu dijalankan adalah untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT.





Comments

Popular Posts