Kombo Soup Asam Pedas Laut Istimewa Di KLCC Dan Vista Alam

Pada awal tahun ini, kami telah menghasilkan lalu mengetengahkan menu terbaru ciptaan Bumbu Desa Malaysia iaitu Kombo Soup Asam Pedas Laut (KSAPL)



Tidak seperti hidangan sup yang tersedia di restoran lain, kami teruja untuk berkongsi bersama anda rasa istimewa, kelainan yang terdapat di dalam KSAPL. Dengan rempah dan bahan yang disatukan di dalam KSPAL, anda dapat menikmati pelbagai rasa dari manis, masin, masam dan pedas yang pastinya mampu membuka selera anda bersama keluarga mahupun teman handai.

Hidangan KSAPL boleh dinikmati sehingga seramai 6 orang dan anda boleh menambah tahap kepedasan mengikut citarasa anda dengan set sambal yang dihidangkan bersama KSAPL.

Dengan harga promosi yang terdapat di Vista Alam dan KLCC, anda berpeluang menikmati harga diskaun serendah RM14++ seorang di Vista Alam dan RM22++ seorang di KLCC dari jam 3 petang sehingga 10 malam di KLCC dan 3 petang sehingga 11 malam di Vista Alam.



Sila hubungi KLCC di talian 03 21613530 ATAU Vista Alam di talian 03 54815093 untuk maklumat lanjut. 



Comments

Popular Posts