Indonesia Concept Store Di Bumbu Desa Vista Alam

Umum mengetahui jenama keluaran Indonesia yang terkenal di Malaysia seperti Kapal Api dan KARA Marketing yang terkenal dengan produk kotak santan segeranya. Di mana untuk mendapatkan produk produk ini yang mempunyai kualiti yang bagus dan sedap selain pasaraya yang terdapat di sekitar anda? 

Di cawangan Vista Alam, terdapat ruang 'Indonesia Concept Store' ICS yang membawa produk dari Indonesia khas untuk pelanggan Bumbu Desa Malaysia.





Baru berusia sebulan, produk yang telah berada di bahagian ICS ini adalah pelbagai produk kopi Kapal Api dan bermacam jenis produk keluaran KARA Marketing. 

Dengan harga yang berpatutan, anda kini dapat membeli produk Indonesia sambil menjamu makanan asli Indonesia hanya di Bumbu Desa Malaysia. :) 










Comments

Popular Posts