Layari Air Asia Red Tix Untuk Pembelian Tiket Konsert Marcell: Once In A Lifetime

Debaran semakin terasa, tinggal kurang lebih seminggu sahaja lagi sebelum bermulanya konsert Marcell: Once In A Lifetime yang akan berlangsung pada 23hb September 2017, 8 malam di Kuala Lumpur Convention Centre.

Walaupun Marcell tidak pernah terfikir untuk meletakkan satu tanda aras yang tinggi pada konsert Marcell: Once In A Lifetime namun beliau memahami harapan yang diletakkan oleh para peminat tegarnya yang sanggup membeli tiket termahal (RM2,099) dalam sejarah penjualan tiket konsert di Malaysia, perlu diambil kira.

Frasa ;Once In A Lifetime' yang digunakan oleh Marcell sebagai tajuk konsertnya kerana ini adalah merupakan konsert tunggal pertama Marcell yang akan dibuat sekali dalam seumur hidupnya. Konsert ini juga akan dilangsungkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke 40 dan juga sebagai satu pencapaian yang luar biasa seteleah 15 tahun berkarya di dalam industri seni suara.

Konsert ini diproduksikan oleh Marcell sendiri dengan kerjasama Empire Live, VMC Music Indonesia dan Oleg Sanchabakhtiar dari Planet Design Indonesia. Marcell akan mebawakan 40 buah lagu terbaiknya dengan iringan muzik diketuai oleh Rishanda Singgih. Dalam konsert ini, Marcell juga akan berkolaborasi dengan beberapa penyanyi ternama dari dalam dan luar negara dan menjanjikan 15 persembahan istimewa khas untuk para penggemar setianya.

Sila layari Air Asia Red Tix untuk pembelian tiket anda.






Comments

Popular Posts