Bumbu Desa KLIA2 Di Anugerahkan Hero Dish - 25 Top Discoveries Dining Choice Award Di KLIA/KLIA2

Bumbu Desa KLIA2 telah dianugerahkan dengan penganugerahan oleh Malaysia Airlines Holding Berhad (MAHB) bersempena dengan '25 Top Discoveries - Dining Choice Award at KLIA and KLIA2' yang telah dipilih oleh FriedChillies yang dimiliki oleh Food Network Company.

FriedChillies adalah sebuah organisasi yang meneroka tempat pilihan makanan terbaik melalui pelbagai platform. Kami berbesar hati dengan pemilihan Bumbu Desa KLIA2 sebagai di antara destinasi restoran pilihan di KLIA2 dengan pilihan makanan pilihan dari FriedChillies yang dipanggil 'Hero Dish'.



'Hero Dish' yang telah dipilih dari Bumbu Desa KLIA2 ialah Ikan Bawal Goreng dan Taliwang Lombok.

Kunjungi restoran kami untuk menikmati sajian yang telah diangkat menjadi 'Hero Dish' ini.

Selamat berhujung minggu.

Comments

Popular Posts