Bumbu Desa KLIA2 di Malaysia International Gastronomy Festival (MIGF) 2018



Kami sangat berbangga dengan pemilihan Bumbu Desa KLIA2 oleh Malaysia Airports Berhad untuk sama sama mengambil bahagian bersama dalam acara tahunan kali ke-18 Malaysia International Gastronomy Festival (MIGF) 2018 yang dianjurkan oleh Vision Four. 




Acara yang julung kali kami sertai ini bermula pada 31 Ogos 2018 sehingga 2 September 2018. Dalam pada itu, hari pertama acara yang jatuh pada hari Merdeka Malaysia yang ke-61 memberikan kami idea untuk menyediakan nasi tumpeng yang bertemakan 61 tahun Merdeka dan KLCC serta Malaysia Airports di mana dua tempat ini adalah terletaknya lokasi cawangan Bumbu Desa Malaysia. :)






Majlis diraikan dengan kehadiran para tetamu kehormat dan pada hujung minggunya dipenuhi dengan orang awam yang berkunjung untuk menikmati hidangan di Malaysia bertemakan antarabangsa.

Terima kasih Malaysia Airports atas kepercayaan kepada kami untuk menyertai acara gemilang ini :)


Comments

Popular Posts