Asal Usul Siomay Bandung

Siomay Bandung yang juga dikenali sebagai Baso Tahu Bandung adalah makanan kegemaran yang sangat disukai oleh tempatan malah penduduk Malaysia. 

Mari kita mengenali lebih lanjut kisah asal usul Siomay Bandung yang sememangnya menarik untuk diketahui.

Siomay adalah salah satu makanan yang terdapat di dalam seleksi dimsum yang terdapat di China kononnya di Mongolia Dalam. Siomay di China dibuat dengan isi 'pork' tetapi di Indonesia menggunakan isi ikan tenggiri, daging ayam atau lembu. Malah siomay di Indonesia menggunakan sayuran seperti peria, kentang, tahu dan telur ayam. Improvasi yang dilakukan ini adalah kerana orang Sunda gemar akan sayuran. 

Siomay Bandung yang dikukus jugak mempunyai keunikan tersendiri kerana dihidangkan atau disiram dengan bumbu kacang yang sedikit pedas. 

Siomay dalam bahasa Mandarin disebut shaomai dan bahasa Kantonese disebut siu maai. Di Indonesia sendiri makanan ini cukup melekat pada nama daerah di Jawa Barat iaitu Bandung. Asal nama Siomay diletakkan nama Bandung kerana ketika seorang ibu keturunan Cina warga Bandung memenangi kejuaraan membuat Siomay pada acara Cap Go Meh. Sejak itulah nama bandung melekat pada makanan ini.

Anda dapat menikmati Siomay Bandung atau Baso Tahu Bandung di cawangan kami iaitu KLIA 2 ('available every day') dan KLCC ('weekend' dan 'public holiday').



Comments

Popular Posts