NOAH Langsung Dari Stadium Negara Pada 25hb November Ini

Jangan lupa menyaksikan persembahan dari NOAH yang dulu dikenali sebagai Peterpan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini yang akan mempersembahkan konsert besar mereka dan pasti akan membuatkan peminat setia NOAH terhibur.


NOAH yang berasal dari Bandung, Indonesia telah bertapak di dalam industri sejak tahun 2000 dan telah melebarkan sayap mereka ke serata dunia dengan koleksi lagu-lagu popular yang dikenali ramai seperti Mimpi Yang Sempurna, Ku Katakan Dengan Indah, Bintang Di Surga, Menghapus Jejakmu, Menunggumu dan banyak lagi. 

Kali terakhir mereka beraksi di Malaysia dengan konsert besar adalah pada tahun 2006. Penantian peminat ternyata berbaloi kerana untuk konsert kali ini, NOAH akan mempersembahkan banyak deretan lagu setelah sekian lama tidak membuat persembahan berskala besar di Malaysia.



Bumbu Desa Malaysia sebagai penaja bersama untuk konsert NOAH langsung di Stadium Negara Kuala Lumpur juga terasa kehangatan konsert yang akan tiba 3 hari lagi. 

Yuk ke konsert NOAH! :)

Comments

Popular Posts